YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 31 January 2015

Crumble Epal Pisang

Bahan-bahan ( 18-20 cawan mufin/kek saiz M )
1 biji epal hijau (dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris kecil2)
3 biji pisang ranum (ape2 je jenis pisang yg digemari, dihiris kecil)
1 sb soft brown sugar (gula merah lembut)
1/2 sdt serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan susu cair

UNTUK CRUMBLE :
1 cawan tepung gandum (diayak)
50 g mentega sejuk (dipotong dadu)
3 sb soft brown sugar
20 g kacang walnut (dicincang)

Cara-cara

1.      Sediakan periuk. Masukkan epal, serbuk kulit kayu manis, gula dan susu cair dan masak dgn api perlahan. Kacau sehingga epal menjadi lembut. Kemudian masukkan pisang. Kacau rata2.
2.      Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
3.      Panaskan oven pd suhu 170-180C.

4.      Untuk menyediakan crumble, gaul mentega bersama tepung sambil diuli dgn hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5.      Masukkan gula dan kacang walnut. Gaul rata2.

6.      Cedukkan campuran epal tadi ke dlm cawan2 mufin/kek. Kemudian isikan pula crumble di atasnya sehingga penuh (jgn ditekan)

7.    Bakar selama 15-20 minit atau sehingga crumble keperangan.


BANANA SHAKE

Bahan-bahan ( 2 orang )
·         500ml susu segar
·         3 biji pisang
·         1 sudu makan gula (ikut suka manis)
·         serbuk coklat (optional)
Cara-cara
1.    Blend kesemua bahan.
2.    Tuangkan ke dalam bekas minuman dan taburkan dengan serbuk coklat (jika suka) dan hiaskan dengan potongan pisang.


POPIAH PISANG



Bahan-bahan ( 6 ketul )

2-3 biji pisang..saye guna pisang yg besar tu...kalau pisang emas dalam 5-6 biji
6 keping kulit popiah
Sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.  Potong pisang nipis-nipis. 1/2 biji pisang besar / 1biji pisang emas untuk 1 keping kulit popiah
2.  Susun pisang di atas kulit popiah dan letakkan sedikit gula.
3.  Gulungkan kulit popiah. Ulang langkah(2) dan (3) sehingga habis kulit popiah.
4.  Gorengkan dalam minyak yg betul2 panas sehingga garing.
5.  Hidangkan panas2. Lagi sedap kalau hidangkan dengan ice cream.


Kastad Pisang
Bahan-bahan ( ikut saiz acuan )
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Pisang emas/berangan atau nanas
  • Sirap gula merah
Cara-cara
1.     Potong pisang/nanas dan letakkan ditengah2 acuan. Kalau gunakan loyang, boleh susun cantik2.
2.     Campurkan tepung kastad, air, gula dan susu. Mesrakan dulu sebelum letak atas api.
3.     Kacau bahan '2' atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
4.     Cepat2 tuangkan kastad kedalam acuan/loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.
5.     Keluarkan dari acuan. Potong dasarnya sedikit jika ia tidak boleh duduk diam.
6.     Boleh dimakan dengan sirap gula merah atau sos kastad.


Pisang Goreng Cheese



Bahan-bahan :
- Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus

- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 5 sudu besar santan
- sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
- secubit garam
- 1 sudu besar margerin
- 1 biji telur 

Cara membuatnya :
1.           Cairkan mentega
2.           Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
3.           Kacau rata
4.           Tuangkan margerin cair dan kacau sehingga sebati
5.           Masukkan pisang dalam adunan tadi
6.           Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar susu pekat manis
- Keju Cheedar ~ di sagat halus
- Choc Rise atau parutan coklat masakan


  1.   Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  2.   Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
  3.   Kacau rata 
  4.   Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi dan gaul rata
  5.   Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai

  6.   Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat !
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan ( 3 keping )
5 bij pisang
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang

Cara-cara
1.       Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.
2.       Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3.       Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
4.       Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
5.       Lipatkan daun pisang.

6.       Bolehlah dibakar di atas kuali leper.
BANANA FROZEN
Bahan-bahan ( 2 orang )

200g pisang yang telah dibekukan
100ml fresh cream
1 sudu besar gula

Cara-cara;
1.   Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
2.   Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer.. jadikan aiskrem..


APAM PISANG

Bahan-bahan ( satu loyang kecik. ) : 

6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara;
1.     Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
2.     Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
3.     Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.


“PANCAKE PISANG” MERUPAKAN MAKANAN YANG BERASASKAN PISANG YANG BERKHASIAT


Pancake pisang manjadi satu menu yang dibicarakan di bibir-bibir masyarakat sekarang ini kerana menu yang lengkap dengan khasiat nutrisinya dan sedap. Pancake atau dalam bahasa melayu sebenarnya ialah lempeng. Pancake pisang pada asalnya yang diperbuat menggunakan telur dan pisang sahaja. Menu ini diperkenalkan pada mulanya untuk mereka yang berdiet tetapi setelah mendapati menu ini boleh dijadikan pencuci mulut dan sesuai untuk umum, maka pancake pisang ini diolah sedikit untuk menaikkan cita rasa ramai. Pancake pisang ini bukan sahaja dijadikan pencuci mulut malah boleh dijadikan menu sarapan yang berkhasiat. Menu ini lengkap apabila dimakan bersama buah seperti buah-buah beri dan madu. Resepi untuk membuat Pancake Pisang ini ialah :




PANCAKE PISANG”

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
4 biji pisang berangan/pisang emas(dihiris)
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
4 sudu besar minyak
Sedikit majerin


Cara :
  1.  Masukkan pisang yang dihiris, gula, garam, telur, susu, dan minyak dalam pengisar dan mesinkan.
  2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. Selepas itu, masukkan bahan yang dikisar tersebut dalam adunan ini dan gaul rata.
  3. Cadarkan dalam kuali non-stik. Untuk lebih menarik, hirisan pisang yang lebih boleh diletakkan semasa pancake sudah dicadar. Masak dengan api perlahan. 
  4. Aliskan majerin dikuali sedikit semasa memasak pancake tersebut
  5. Masak dalam 3-4 minit sehingga dua permukaan pancake tersebut berwarna kekuningan keemasan.
  6. Hidangkan dengan madu, buah-buahan, ais-krim dan sebagainya.






 




Monday, 12 January 2015

Perusahaan makanan berasaskan pisang

Pisang adalah nama umum yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar memanjang dari keluarga Musaceae.Beberapa jenisnya(Musa acuminata,M. balbisiana,dan M. ×paradisiaca)menghasilkan buah konsumsi yang dinamakan sama.Buah ini tersusun dalam tandan dengan kelompok-kelompok tersusun menjari,yang disebut sisir.Hampir semua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika matang,meskipun ada beberapa yang berwarna jingga,merah,hijau,ungu,atau bahkan hampir hitam.Buah pisang merupakan sumber energi(karbohidrat) dan mineral,terutama kalium.
Image result for Pisang
Gambar Pisang segar
Buah pisang boleh divariasikan mengikut bentuk dan saiz untuk dipasarkan sebagai salah satu produk makanan yang digemari ramai.Perusahaan makanan berasaskan pisang bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia malah ramai yang telah bergiat lama dalam industri ini kerana permintaan yang tinggi dari orang ramai.Sebagai contohnya,pasaran pisang di Malaysia sendiri sangat baik dan memilih mengusahakan tanaman pisang malah berhajat menjadikan perusahaan berasaskan pisang sebagai produk yang menjana ekonomi kepada penduduk setempat seperti kerepek pisang,Golongan wanita di Malaysia telah mengusahakan kerepek pisang dan mendapat sambutan menggalakkan sehingga tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.