YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 31 January 2015

Crumble Epal Pisang

Bahan-bahan ( 18-20 cawan mufin/kek saiz M )
1 biji epal hijau (dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris kecil2)
3 biji pisang ranum (ape2 je jenis pisang yg digemari, dihiris kecil)
1 sb soft brown sugar (gula merah lembut)
1/2 sdt serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan susu cair

UNTUK CRUMBLE :
1 cawan tepung gandum (diayak)
50 g mentega sejuk (dipotong dadu)
3 sb soft brown sugar
20 g kacang walnut (dicincang)

Cara-cara

1.      Sediakan periuk. Masukkan epal, serbuk kulit kayu manis, gula dan susu cair dan masak dgn api perlahan. Kacau sehingga epal menjadi lembut. Kemudian masukkan pisang. Kacau rata2.
2.      Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
3.      Panaskan oven pd suhu 170-180C.

4.      Untuk menyediakan crumble, gaul mentega bersama tepung sambil diuli dgn hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5.      Masukkan gula dan kacang walnut. Gaul rata2.

6.      Cedukkan campuran epal tadi ke dlm cawan2 mufin/kek. Kemudian isikan pula crumble di atasnya sehingga penuh (jgn ditekan)

7.    Bakar selama 15-20 minit atau sehingga crumble keperangan.


BANANA SHAKE

Bahan-bahan ( 2 orang )
·         500ml susu segar
·         3 biji pisang
·         1 sudu makan gula (ikut suka manis)
·         serbuk coklat (optional)
Cara-cara
1.    Blend kesemua bahan.
2.    Tuangkan ke dalam bekas minuman dan taburkan dengan serbuk coklat (jika suka) dan hiaskan dengan potongan pisang.


POPIAH PISANG



Bahan-bahan ( 6 ketul )

2-3 biji pisang..saye guna pisang yg besar tu...kalau pisang emas dalam 5-6 biji
6 keping kulit popiah
Sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.  Potong pisang nipis-nipis. 1/2 biji pisang besar / 1biji pisang emas untuk 1 keping kulit popiah
2.  Susun pisang di atas kulit popiah dan letakkan sedikit gula.
3.  Gulungkan kulit popiah. Ulang langkah(2) dan (3) sehingga habis kulit popiah.
4.  Gorengkan dalam minyak yg betul2 panas sehingga garing.
5.  Hidangkan panas2. Lagi sedap kalau hidangkan dengan ice cream.


Kastad Pisang
Bahan-bahan ( ikut saiz acuan )
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Pisang emas/berangan atau nanas
  • Sirap gula merah
Cara-cara
1.     Potong pisang/nanas dan letakkan ditengah2 acuan. Kalau gunakan loyang, boleh susun cantik2.
2.     Campurkan tepung kastad, air, gula dan susu. Mesrakan dulu sebelum letak atas api.
3.     Kacau bahan '2' atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
4.     Cepat2 tuangkan kastad kedalam acuan/loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.
5.     Keluarkan dari acuan. Potong dasarnya sedikit jika ia tidak boleh duduk diam.
6.     Boleh dimakan dengan sirap gula merah atau sos kastad.


Pisang Goreng Cheese



Bahan-bahan :
- Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus

- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 5 sudu besar santan
- sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
- secubit garam
- 1 sudu besar margerin
- 1 biji telur 

Cara membuatnya :
1.           Cairkan mentega
2.           Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
3.           Kacau rata
4.           Tuangkan margerin cair dan kacau sehingga sebati
5.           Masukkan pisang dalam adunan tadi
6.           Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar susu pekat manis
- Keju Cheedar ~ di sagat halus
- Choc Rise atau parutan coklat masakan


  1.   Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
  2.   Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
  3.   Kacau rata 
  4.   Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi dan gaul rata
  5.   Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai

  6.   Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat !
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan ( 3 keping )
5 bij pisang
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang

Cara-cara
1.       Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.
2.       Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3.       Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
4.       Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
5.       Lipatkan daun pisang.

6.       Bolehlah dibakar di atas kuali leper.
BANANA FROZEN
Bahan-bahan ( 2 orang )

200g pisang yang telah dibekukan
100ml fresh cream
1 sudu besar gula

Cara-cara;
1.   Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
2.   Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer.. jadikan aiskrem..